Sistem Pemantauan dan Kawalan Iklim bagi Pembelajaran IoT Pelajar Kolej Vokasional
Creators
Description
IR4.0 telah membawa pengaruh yang besar terhadap kemajuan suatu bangsa dan negara. Manusia harus memiliki kemampuan untuk menjangkakan masa depan yang berubah dengan sangat cepat. Cabaran-cabaran yang terdapat dalam mendidik generasi baru perlu diambil perhatian serius agar generasi ini tidak ketinggalan dan mencapai kemajuan yang selari dengan perkembangan dunia. Salah satu yang diambil berat adalah melibatkan Internet of Things (IoT). IoT menghubungkan peranti dan alat ke rangkaian internet untuk dikawal oleh laman web dan aplikasi telefon pintar dari jauh, juga, untuk mengawal alat dan instrumen dengan kod dan struktur algoritma untuk masalah kecerdasan buatan. WiFi atau Ethernet disambungkan ke alat, peralatan, dan peranti yang dikawal dengan aplikasi telefon pintar atau laman web internet. Tujuan pembangunan sistem ini adalah untuk memperkenalkan pelajar Program Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Tanah Merah dengan aplikasi IoT bagi mencetuskan idea inovasi baru selaras dengan teknologi semasa. Sistem yang dibangunkan ini menggunakan nodeMCU digandingkan dengan aplikasi Blynk bagi memantau dan pengawal iklim yang digunakan dalam bidang penternakan. Sistem IoT disediakan terminal sambungan (plug in) dan juga disertakan dengan manual penggunaan nodeMCU dan juga aplikasi Blynk. Gadingan ini mewujudkan sistem yang lebih murah berbanding dengan sistem yang sedia ada di pasaran. Sistem yang dibangunkan ini dinilai oleh pakar akademik dan juga digunakan oleh pelajar Program Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Tanah Merah. Dengan pembangunan sistem ini diharapkan menjadi satu perangsang kepada pelajar untuk menguasai teknologi IoT di mana sangat diperlukan untuk industri penternakan dan pertanian pada masa kini.
Files
16_Sistem Pemantauan dan Kawalan Iklim bagi Pembelajaran IoT Pelajar Kolej Vokasional.pdf
Files
(971.2 kB)
Name | Size | Download all |
---|---|---|
md5:c14cdb2b1ebd8b1a8c22388d2408bf4d
|
971.2 kB | Preview Download |