Published December 28, 2018 | Version v1
Conference paper Open

Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta dan Halaan Pintar

  • 1. Center for Integrated Systems Engineering and Advanced Technologies, Faculty of Engineering and Built Environment, Universiti Kebangsaan Malaysia

Description

Projek sistem pengurusan tempat letak kereta dan halaan pintar bertujuan untuk memudahkan pemandu mencari lot tempat letak kereta di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Fakulti Undang-Undang (FUU), UKM. Sensor ultrasonik digunakan untuk mengesan kehadiran kenderaan manakala pengawal mikro NodeMCU digunakan untuk memproses data yang diterima daripada sensor ultrasonik dan mengemas kini status lot tempat letak kereta. Pemandu boleh memantau ketersediaan lot tempat letak kereta sebelum memasuki premis letak kereta. Projek ini dilengkapi dengan pemantauan dalam talian dan pemantauan dari jarak jauh untuk membolehkan pemandu mengakses data pada lot tempat letak kereta yang belum digunakan yang disimpan dalam pelayan web melalui aplikasi mudah alih berasaskan Android. Di samping itu, data masa nyata dan kekerapan penggunaan tempat letak kereta di sekitar FKAB dan FUU boleh diperolehi oleh pentadbir letak kereta melalui sistem awan ThingSpeak. Data ini akan membantu pengurusan memantau kekerapan penggunaan tempat letak kereta dan ianya berguna untuk kajian masa depan. Untuk menjimatkan kuasa supaya kitaran hayat bateri lebih panjang, projek ini menggunakan mod tidur dalam algoritma sistem. Mikrokontroler akan selalu berada dalam mod tidur dan hanya akan aktif setiap 5 minit untuk mengemas kini status tempat letak kereta. Keseluruhan sistem pengurusan tempat letak kereta dan halaan pintar telah berjaya dilaksanakan dan diuji pada fungsinya.

Files

Paper05.pdf

Files (502.5 kB)

Name Size Download all
md5:35754c25e3bb6f1be8d881ff6adb9918
502.5 kB Preview Download