Published April 15, 2023 | Version v1
Book chapter Open

SEA'23

Description

Persamaan serentak merupakan ilmu asas dalam Matematik yang perlu dikuasai oleh semua pelajar terutamanya pelajar di IPTA kerana ianya merupakan asas dalam penyelesaian masalah. Ilmu ini telah didedahkan kepada pelajar di sekolah menengah seawal tingkatan dua lagi. Namun, tahap penguasaannya dikalangan pelajar adalah sangat lemah samada peringkat sekolah mahupun IPTA. Aplikasi SEA'23 dibangunkan untuk topik Statistik dan Numerical Method bagi kursus Matematik Kejuruteraan 3 (DBM30033 & DBM30043). SEA'23 terhasil dari singkatan "Statistics+Simultaneous Equation Application" iaitu merupakan sebuah aplikasi persamaan serentak dan juga nota tambahan bagi topik Statistics. Aplikasi ini dibangunkan bagi memupuk dan menarik minat para pelajar untuk belajar dan mengulangkaji topik persamaan serentak dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti Gaussian, Doolittle dan Crout dengan hanya membina matrik asas dalam formula excel. Bagi topik Statistics para pelajar boleh menghantar item PKK iaitu case study ke aplikasi ini dengan lebih mudah dan sistematik mengikut format yang telah ditetapkan. SEA'23 merupakan inovasi PdP secara personal coaching bagi setiap pelajar dalam kelas. Aplikasi ini mengandungi bahan pembelajaran yang boleh diakses secara kendiri seperti nota, video, latihan dan soalan peperiksaan semester lepas. Tujuan utama aplikasi ini dibangunkan ialah untuk membantu memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian serta mempelbagaikan lagi kaedah PdP yang sedia ada. Bagi capaian aplikasi ini pengguna perlu mempunyai akses internet yang optimum untuk paparan yang lebih baik. Kepelbagaian kaedah ini boleh meningkatkan tahap kefahaman dan motivasi pelajar terhadap kursus ini. Pendapat ini turut disokong oleh Supermaniam & Zaharudin (2021) yang menyatakan bahawa peranan guru-guru adalah untuk mewujudkan situasi pengajaran agar murid mempunyai proses pembelajaran.

Files

19_SEA23.pdf

Files (1.1 MB)

Name Size Download all
md5:b4be468a72c88f8cbe122312e62bb04e
1.1 MB Preview Download