Kawalan Perkakasan Elektrik Berdasarkan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk Kegunaan di Rumah
- 1. Kolej Vokasional Tanjung Puteri
Description
‘Internet of Things’ atau IoT yang hangat di era ini telah membawa kepada penemuan idea kreatif serta inovasi dalam bidang teknologi dalam menyelesaikan masalah. Pembangunan sebuah sistem Kawalan perkakasan elektrik berdasarkan IoT ini timbul untuk menyelesaikan masalah perkakasan di rumah tidak dapat dimatikan secara jarak jauh sekiranya isi rumah berada diluar dan terlupa. Kedua, orang sakit yang tidak dapat bangun atau warga tua yang kurang upaya bergerak sukar untuk menghidupkan atau mematikan perkakasan elektrik di sekelilingnya jika perlu berbuat demikian. Penyelesaian bagi permasalahan tersebut, sebuah sistem kawalan perkakasan elektrik secara automasi dengan kos minimum telah dibangunkan menggunakan mikro pengawal ESP32 yang boleh dihubungkan dengan aplikasi pada telefon pintar. Pengguna dapat menghidupkan atau mematikan perkakasan elektrik melalui aplikasi ‘rainmaker’ yang telah diberi nama ‘ESP32_SmartHome’. Selain itu, kawalan melalui arahan suara juga telah ditambah dalam aplikasi rainmaker yang terhubung dengan aplikasi ‘Alexa’ atau aplikasi ‘Google assistant’. Sistem telah diuji dan aplikasi ESP32_SmartHome berfungsi dengan sempurna.
Files
14_Kawalan Perkakasan Elektrik Berdasarkan Internet Pelbagai Benda.pdf
Files
(879.5 kB)
Name | Size | Download all |
---|---|---|
md5:c0be55d18a24ca1f3cac736f7c67b248
|
879.5 kB | Preview Download |