Published August 2, 2017 | Version v1
Conference paper Open

SOKONGAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN ANAK PENDIDIKAN KHAS

  • 1. IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 2. Universiti Selangor (UNISEL)

Description

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana sokongan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak pendidikan khas di peringkat sekolah berdasarkan 4 faktor aspek persekitaran iaitu (a) penyediaan suasana pembelajaran di rumah, (b) interaksi sosial dengan anak, (c) komunikasi dengan anak, dan (d) sokongan terhadap kecemerlangan anak-anak mengikut jantina dan peringkat kelulusan tertinggi ibu bapa. Kajian ini melibatkan seorang bapa yang mempunyai dua orang anak berkeperluan khas yang bersekolah di SK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang(1 orang) dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang( 1 orang) dan seorang ibu yang mempunyai seorang anak berkeperluan khas yang bersekolah di SK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Responden bagi kajian ini dipilih secara sampel bertujuan. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah temu bual dalam mendapatkan maklumat dan dianalisis secara manual melibatkan pengkodan dan interpretasi data. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam sokongan ibu bapa berdasarkan 4 faktor aspek persekitaran mengikut jantina dan peringkat kelulusan tertinggi ibu bapa.

Files

A8.01.pdf

Files (398.0 kB)

Name Size Download all
md5:6476af9e8f7c06ad92ad4d8c6bb4572d
398.0 kB Preview Download