Published May 26, 2019 | Version v1
Journal article Open

Tahap Amalan Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah Dari Aspek Kefahaman dan Transformasi Satu Kajian di Daerah Klang, Selangor

Description

Kajian tentang penaakulan pedagogi dari aspek kefahaman dan transformasi guru mempunyai perkaitan antara satu sama lain dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Objektif kajian ini, bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kefahaman guru terhadap isi kandungan, latar belakang murid serta mengenal pasti tahap amalan dimensi transformasi dalam sub dimensi persediaan, usaha serta penyampaian dalam pengajaran. Kaedah tinjauan secara soal selidik digunakan dengan sampel kajian berjumlah 119 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani terlibat dalam kajian ini. Analisis data soal selidik menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21 yang melibatkan kaedah statistik deskriptif seperti skor min, sisihan piawai dan skor peratus. Analisis deskriptif turut digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh data mengenai demografi kajian yang melibatkan skor peratus dan kekerapan profil peserta kajian iaitu jantina, etnik, lokasi sekolah dan opsyen guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan penaakulan pedagogi guru Pendidikan Jasmani dalam aspek kefahaman dan transformasi dapat di terjemahkan. Amalan kefahaman guru dalam pedagogi dan tindakan pengajaran sekolah menengah yang dikaji adalah diamalkan di tahap tinggi, dengan skor min (M=3.76) dan sisihan piawai (SP=0.76). Manakala amalan transformasi pula turut mencatatkan bacaan tahap tinggi berdasarkan kepada nilai (M=3.95, SP= 0.71). Oleh yang demikian itu, secara tidak langsung fenomena amalan penaakulan pedagogi pengajaran berlaku dan dapat diterjemahkan dalam kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani di daerah Klang. Justeru dapatan kajian ini boleh digunakan dan dipraktikkan di daerah lain bagi memantapkan lagi penguasaan pengajaran guru, malah mampu dipertingkatkan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Files

Tahap Amalan Guru Pendidikan Jasmani Sekolah.pdf

Files (478.8 kB)

Name Size Download all
md5:8fe29d174473f38418aeb6b612e0c28c
478.8 kB Preview Download