Published April 15, 2023 | Version v1

MLT - Serai Wangi

Authors/Creators

  • 1. Sekolah Kebangsaan Senawang

Description

Permasalahan yang dihadapai oleh sekolah di negara kita ialah kurangnya pengetahuan mengolah bahan-bahan buangan terutamanya sampah sarap di sekitar kawasan sekolah. Oleh itu, pengolahan bahan-bahan buangan menjadi MLT serai wangi merupakan salah satu jalan penyelesaian bagi mengatasi isu ini. Bukan sahaja dapat menjaga kebersihan alam sekitar bahkan juga dapat menghasilkan bahan bakar alternatif dengan kos yang rendah dan lestari. Pembinaan MLT Serai Wangi ini adalah berdasarkan  konsep pembelajaran berasaskan projek. Guru-guru  akan  menilai  projek – projek  yang  dihasilkan  oleh  murid  dengan  menilai bagaimana  projek  tersebut  dirancang, diurus  dan  dijayakan. Murid–murid  akan  mendapat  pemahaman  yang  lebih  mendalam terhadap  sesuatu  tajuk. Murid-murid  juga  akan  belajar  proses  penyelidikan dan  pembangunan  produk, proses  rekacipta  dan  dapat  menjadikan  murid  lebih  berdaya  saing  dalam  dunia  sebenar. Kajian  ini melibatkan  sepuluh orang  subjek  kajian  bertempat  di  salah  sebuah  Sekolah  Jenis Kebangsaan  di  daerah  Seremban.  Instrumen  kajian  yang  telah  digunakan  ialah ujian makmal  dan  analisis  dokumen.  Senarai semak dibuat bagi melihat aspek-aspek yang diperlukan bagi mengumpul data bagi kajian ini.   Ujian makmal dan analisis dokumen   pula   digunakan   untuk   melihat   keberkesanan   MLT Serai Wangi. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penghasilan  MLT Serai Wangi dapat menarik minat murid dalam mata pelajaran sains dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah sampah sarap di kawasan sekolah.

Files

10_MLT - Serai Wangi.pdf

Files (937.7 kB)

Name Size
md5:9b61ef7e017e00fcfa02bd76742fadb0
937.7 kB Preview Download