Published July 2, 2017 | Version v1

LITERASI AWAL AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Authors/Creators

  • 1. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan

Description

Kertas kerja ini membincangkan penggunaan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran dan Kaedah Iqra’ terhadap literasi awal Al-Quran murid bermasalah pembelajaran di kelas pendidikan khas. Kajian ini melibatkan enam orang murid bermasalah pembelajaran kelas pendidikan khas integrasi di dua buah sekolah menengah di Daerah Hilir Perak. Sampel kajian dibahagikan sama rata kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid yang belajar menggunakan kaedah Iqra’ dan kumpulan murid yang belajar menggunakan Kaedah KGBK Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran. Hasil dapatan menunjukkan murid yang menggunakan kaedah KGBK Al-Quran berbanding kaedah Iqra’. Perbezaan skor pencapaian di antara dua kumpulan kajian menunjukkan kumpulan murid yang belajar menggunakan kaedah KGBK Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran memperoleh skor lebih tinggi dan peningkatan kemahiran membaca lebih cepat berbanding kumpulan yang belajar menggunakan kaedah Iqra’ yang hanya memperoleh skor yang rendah. Pada asasnya dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kaedah KGBK Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran berkesan terhadap peningkatan pencapaian dan motivasi murid dalam pembelajaran Al-Quran.

Files

A13.01.pdf

Files (385.1 kB)

Name Size Download all
md5:f245e26c12409b62d65df5b7333035ef
385.1 kB Preview Download