TRANSFORMASI PENGAJARAN INTERAKTIF DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21
Description
Dalam landskap pendidikan abad ke-21, pendekatan pengajaran interaktif semakin diberi penekanan sebagai strategi penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi kursus universiti yang melibatkan bilangan pelajar berskala besar. Namun demikian, pengendalian kelas berskala besar sering berhadapan dengan pelbagai kekangan seperti tahap penglibatan pelajar yang rendah, keterbatasan interaksi dua hala, serta kesukaran pensyarah menilai tahap kefahaman pelajar secara menyeluruh. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka implikasi teknologi interaktif dalam mentransformasikan amalan pengajaran dalam konteks kelas berskala besar di institusi pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui soalan terbuka berstruktur yang melibatkan pelajar universiti sebagai informan kajian. Data dianalisis menggunakan analisis tematik bagi mengenal pasti tema dan pola utama berkaitan pengalaman serta persepsi terhadap penggunaan teknologi interaktif dalam pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknologi interaktif, termasuk elemen gamifikasi dan kecerdasan buatan (AI), berupaya meningkatkan penglibatan aktif pelajar, memperkukuh interaksi dalam bilik kuliah, serta memudahkan pemantauan kefahaman pelajar melalui maklum balas secara segera. Selain itu, pendekatan ini turut mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik, fleksibel dan berpusatkan pelajar. Implikasi kajian ini menegaskan bahawa pengintegrasian teknologi interaktif merupakan satu keperluan dalam mentransformasikan pengajaran dalam kelas berskala besar, di samping berpotensi meningkatkan kualiti pengajaran dan menyokong aktiviti pembelajaran selaras dengan tuntutan pendidikan abad ke-21.
Files
PASAK11_043_MOHD HATIB ISMAIL.pdf
Files
(874.8 kB)
| Name | Size | Download all |
|---|---|---|
|
md5:a8aaa6336eb9337264668625a2abcf90
|
874.8 kB | Preview Download |