Published September 30, 2026 | Version v1

PEMBANGUNAN MODUL INTERAKTIF MUALAF: ISU DAN CABARAN

  • 1. ROR icon Northern University of Malaysia

Description

Mualaf memerlukan bimbingan sistematik dan praktikal pada fasa awal pengislaman bagi mengelakkan kekeliruan akibat bahan pembelajaran yang kurang berkesan. Justeru, Modul Panduan Asas Mualaf dibangunkan melalui fasa temu bual, perbincangan kumpulan fokus bersama pihak PUSBA, serta penilaian pakar oleh Majlis Fatwa Kedah bagi menjamin kesahan syariah. Modul komprehensif ini merangkumi empat komponen utama iaitu asas tauhid, fiqah, akhlak, dan penyesuaian identiti Muslim. Pembinaannya yang bersifat bertahap bertujuan memudahkan proses penghayatan Islam bagi mualaf daripada pelbagai latar belakang sosio-budaya. Kajian kualitatif dilakukan melalui temu bual berstruktur. Hasil kajian mendapati, modul ini dapat menjadi rujukan utama buat institusi agama dan pendakwah dalam memperkukuh kefahaman serta membina identiti Muslim yang mantap, seimbang, dan istiqamah dalam kalangan saudara baharu secara berterusan. Selain itu, modul ini dijangka dapat membantu sistem sokongan mualaf sedia ada dengan menyediakan kurikulum asas yang seragam, tersusun dan berlandaskan keperluan sebenar mualaf masa kini. Modul ini menekankan aspek tauhid, fekah, akhlak serta penyesuaian identiti, suatu pendekatan holistik yang dapat melahirkan mualaf yang bukan sahaja kukuh pegangan agamanya, malah mampu berdikari dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Files

PASAK11_036_ISKANDAR ADON.pdf

Files (520.7 kB)

Name Size Download all
md5:1daced1358166e919bf318d2a625691b
520.7 kB Preview Download