Published September 30, 2026 | Version v1

KOMUNIKASI PENGGUNA KUMPULAN SEMBANG ANONIM: ANALISIS PENYERTAAN DAN PERANAN ANONIMITI DALAM INTERAKSI

Description

Platform digital kini telah berkembang menjadi ruang awam utama bagi komuniti pelajar universiti untuk menyuarakan pandangan, meluahkan emosi dan mengemukakan aduan. Dalam konteks ini, kumpulan sembang anonim muncul sebagai medium komunikasi alternatif yang semakin signifikan dalam membentuk interaksi sosial dalam talian. Kajian ini meneroka komunikasi pengguna dalam kumpulan sembang anonim sebagai ruang interaksi digital dalam kalangan pelajar universiti. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana pengguna memanfaatkan kumpulan sembang anonim sebagai ruang komunikasi dan meneroka peranan anonimiti dalam membentuk corak interaksi pengguna. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan satu temu bual kumpulan fokus melibatkan tujuh peserta yang terdiri daripada pengguna kumpulan sembang anonim dan bekas pentadbir kumpulan sembang anonim. Data dianalisis secara manual melalui pengekodan dan analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa kumpulan sembang anonim berfungsi sebagai ruang luahan emosi, perkongsian pengalaman, pencarian maklumat, hiburan, pemantauan isu kampus dan pembelaan sosial. Penyertaan pengguna dipengaruhi oleh faktor emosi, rasa selamat, reaksi komuniti, rasa ingin tahu, dan reka bentuk platform. Anonimiti pula didapati mewujudkan keterbukaan dan kebebasan bersuara, tetapi turut mengurangkan akauntabiliti serta meningkatkan risiko ketoksikan komunikasi. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman tentang hubungan antara anonimiti, penyertaan pengguna dan etika komunikasi digital dalam konteks kampus.

Files

PASAK11_018_NORAZIRAWATI AHMAD.pdf

Files (336.0 kB)

Name Size Download all
md5:d3cebc3567c17e0d3253df141bfdfbc9
336.0 kB Preview Download