KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI): KESIAPSIAGAAN DAN PERSEPSI GURU PENDIDIKAN KHAS DI KUALA LUMPUR
Authors/Creators
Description
Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) semakin pesat dalam bidang pendidikan, termasuk
dalam penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas (MBPK). Walau bagaimanapun, tahap kesiapsiagaan dan persepsi guru pendidikan khas
terhadap penggunaan AI dalam tugas profesional ini masih kurang diterokai terutama dalam
konteks Malaysia. Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan kesedaran
guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terhadap AI, menerokai persepsi mereka terhadap
keberkesanan AI dalam penyediaan RPI, serta mengenal pasti aspek kebimbangan berkaitan isu
etika, privasi dan keselamatan data. Selain itu, kajian ini turut meneroka korelasi antara tahap
pengetahuan dan kesedaran guru dengan persepsi dan kebimbangan terhadap penggunaan AI.
Kajian yang melibatkan seramai 50 orang guru PPKI sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur
ini merupakan suatu kajian rintis. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik berskala Likert
lima mata dan statistik deskriptif, ujian kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha, ujian normaliti
Shapiro–Wilk dan analisis korelasi Spearman’s rho untuk menganalisis data. Dapatan dengan nilai
Cronbach’s Alpha keseluruhan sebanyak 0.861 menunjukkan instrumen kajian mempunyai
kebolehpercayaan dalaman yang sangat tinggi. Secara deskriptif, guru pendidikan khas
menunjukkan persepsi yang sangat positif terhadap keberkesanan penggunaan AI dalam
penyediaan RPI (min = 4.29). Pada masa yang sama turut melaporkan tahap kebimbangan
sederhana terhadap isu etika dan keselamatan data (min = 3.70). Analisis korelasi pula mendapati
terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara pengetahuan dan kesedaran guru
terhadap AI dengan persepsi keberkesanan AI dalam penyediaan RPI (ρ = 0.757, p < 0.001).
Namun, hubungan antara tahap pengetahuan dengan kebimbangan etika dan privasi terhadap
penggunaan AI adalah lemah dan tidak signifikan (ρ = 0.242, p = 0.091). Kesimpulannya, dapatan
kajian rintis ini menunjukkan bahawa guru pendidikan khas bersedia dan menerima penggunaan
AI sebagai alat sokongan profesional dalam penyediaan RPI. Namun demikian, kebimbangan
terhadap aspek etika dan keselamatan data menunjukkan keperluan wujudnya garis panduan yang
jelas serta latihan profesional yang berstruktur bagi memastikan penggunaan AI yang selamat,
beretika dan selari dengan keperluan pendidikan khas. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa
instrumen ini sesuai untuk digunakan dalam kajian berskala penuh pada fasa seterusnya.
Files
Files
(368.7 kB)
| Name | Size | Download all |
|---|---|---|
|
md5:32b55214f4b5016a39e30188d5e2bdfe
|
368.7 kB | Download |