Published July 20, 2025 | Version v1

Kesahan Modul Storytelling Sayur-Sayuran dalam Kalangan Kanak-Kanak (The Validity of Vegetables Storytelling Module among Children)

  • 1. Universiti Kebangsaan Malaysia

Description

Pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak adalah elemen penting untuk pertumbuhan fizikal, perkembangan mental dan pembentukan tabiat pemakanan sihat sejak usia muda. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan Modul Sayur Kawan Saya, satu modul ‘storytelling’ yang direka untuk meningkatkan penerimaan kanak-kanak terhadap sayur-sayuran. Modul ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE dan teori Konstruktivisme Sosial. Tujuan pembinaan modul ini untuk menanamkan sikap positif terhadap pengambilan makanan sihat melalui kisah dan latihan yang menarik.. Seramai 10 orang guru sekolah rendah terlibat dalam penilaian modul ini menggunakan Soal Selidik Penilaian Modul yang menggunakan skala Likert lima mata. Dapatan menunjukkan kesahan kandungan modul adalah tinggi dengan indeks kesahan keseluruhan sebanyak 90.3%. Panel guru menyatakan bahawa modul ini berkesan kerana kandungannya mudah difahami, mempunyai ilustrasi yang menarik dan mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat tentang nutrisi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat cadangan untuk meningkatkan latihan pengukuhan untuk memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak. Kajian ini memberi sumbangan penting dalam pendidikan pemakanan awal kanak-kanak dan membangunkan modul cerita yang lebih baik. Hasil kajian ini akan membantu pendidik, pembina modul dan penggubal dasar untuk meningkatkan pendidikan pemakanan di sekolah rendah.

Files

8. Kesahan Modul Storytelling Sayur-Sayuran dalam Kalangan Kanak-Kanak (The Validity of Vegetables Storytelling Module among Children).pdf