Published November 22, 2022 | Version v1

Kreativiti Pelajar Golongan B40 di Sekolah Menengah Semenanjung Malaysia Berbanding Malaysia Borneo

  • 1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Malaysia

Description

Kreativiti merupakan aset terpenting kepada negara kita Malaysia memandangkan keperluan terhadap golongan pekerja berkelas “kreatif” semakin meningkat. Menurut laporan dari Sinar Harian (2019) Malaysia berada di kedudukan ke-35 dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2019 dan masih menjadi antara negara berpendapatan pertengahan yang berusaha merapatkan jurang inovasi. Berdasarkan pada fakta ini, maka penyelidikan ini dicadangkan dengan objektif utama untuk mengenal pasti tahap sebenar kreativiti pelajar Malaysia dari golongan berpendapatan B40. Ujian Pemikiran Kreatif Torrance melibatkan kaedah Ujian Figural telah digarap bagi mengukur kreativiti bersandarkan kepada empat indeks ukuran iaitu Ketulenan, Kefasihan, Kelenturan dan Penghuraian yang kemudiannya dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan daripada penyelidikan ini dicadang digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam merancang sistem sosial, pendidikan, pekerjaan, ekonomi, serta membaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Kreativiti Global dan Kelas Kreatif Global agar setanding dengan negara-negara lain di Asia Pasifik

Files

1618834-IARJ Journal 2022.pdf

Files (533.1 kB)

Name Size
md5:776fd932b633ffa100adab52de6affd8
533.1 kB Preview Download