Published July 2, 2017 | Version v1

PENGGUNAAN BAHAN 'BLOCK MANIPULATION' DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR 0 HINGGA 10 MURID SLOW LEARNER

  • 1. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Tun Fatimah Durian Daun, 75400, Melaka, Malaysia

Description

Kajian tindakan dalam pendidikan ialah suatu proses untuk memperbaiki pelaksanaan pengajaran seseorang guru atau untuk mengatasi sesuatu masalah yang berlaku di dalam kelas atau sekolah. Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat adakah penggunaan bahan „block manipulation" berkesan dalam meningkatkan kemahiran menambah seorang murid berkeperluan khas. Subjek kajian adalah seorang murid „slow learner" daripada Program Integrasi Pendidikan Khas di salah sebuah sekolah di daerah Alor Gajah, Melaka. Pemerhatian awal mendapati murid tersebut menghadapi masalah dalam kemahiran menambah nombor 0 hingga 10. Tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini ialah intervensi menggunakan bahan „block manipulation". Konsep pembelajaran yang telah digunakan ialah penggunaan bahan „konkrit kepada abstrak". Bahan ini telah digunakan untuk mengajar murid tersebut menguasai kemahiran menambah nombor 1 hingga 10 sebelum diajar kemahiran yang lebih tinggi. Untuk melihat keberkesanan bahan ini, beberapa prosedur telah dijalankan termasuk semakan terhadap buku latihan murid, pemerhatian dan temubual. Ujian pra dan ujian pasca juga telah dijalankan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran menambah nombor 1-10 murid tersebut. Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan „blok manipulation" telah dapat meningkatkan kemahiran menambah murid tersebut.

Files

A13.10.pdf

Files (408.6 kB)

Name Size Download all
md5:44ea2ecdd9fabab33d0f9b3ca8ced038
408.6 kB Preview Download