Published July 2, 2017 | Version v1

APLIKASI 'PICTURES EXCHANGE COMMUNICATION SYSTEM' (PECS) DALAM MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI ANTARA GURU DAN MURID AUTISME

  • 1. SK Sri Tebrau
  • 2. Institut Pendidkan Guru Kampus Ipoh

Description

Kajian ini dilaksanakan untuk menilai kaedah “Pictures Exchange Communication System" (PECS) dalam mengatasi masalah komunikasi antara guru dan murid autisme. Pengkaji telah menggunakan komputer tablet sebagai alat komunikasi dengan murid. Kajian ini dilaksanakan kerana terdapat masalah yang telah dikenal pasti iaitu murid tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Sampel kajian terdiri daripada seorang murid perempuan dari tahun 2 yang mengalami masalah komunikasi. Data dikumpulkan melalui pemerhatian berstruktur dan soal selidik terhadap guru. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan kaedah “Pictures Exchange Communication System” (PECS). Hasilnya, murid dapat berkomunikasi dan memahami arahan guru. Dapatan kajian menunjukkan murid mengalami peningkatan berkomunikasi dengan baik.

Files

A13.04.pdf

Files (349.0 kB)

Name Size
md5:8d7e42f41a95f43b180526beefb060b4
349.0 kB Preview Download