Published July 2, 2017 | Version v1

PENDAPAT PENSYARAH DAN BAKAL PENSYARAH PENDIDIKAN KHAS KOLEJ KOMUNITI TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN)

  • 1. Kolej Komuniti Kuching

Description

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran) terhadap pensyarah dan bakal pensyarah Pendidikan Khas Kolej Komuniti yang dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mengetahui lima (5) cadangan penambahbaikan yang sesuai bagi program ini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan khas sebagai persediaan untuk mengajar pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dengan skala likert 5 poin dan data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel bagi mencari min setiap pemboleh ubah. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang responden (pensyarah rintis) yang terlibat dalam program ini. Analisis dapatan kajian menunjukkan program yang diadakan adalah berkesan berdasarkan min keseluruhan yang dicatatkan pada tahap tinggi dan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan.

Files

A12.03.pdf

Files (287.0 kB)

Name Size Download all
md5:1c4dfdd9ee274e01d583cf057eecf77c
287.0 kB Preview Download