Planned intervention: On Wednesday June 26th 05:30 UTC Zenodo will be unavailable for 10-20 minutes to perform a storage cluster upgrade.
Published June 19, 2019 | Version v1
Journal article Open

Pembangunan Modal Insan (PMI) Dari Perspektif Islam

Creators

  • 1. Idris1

Description

Pembangunan Modal Insan dari perspektif Islam memfokuskan manusia itu sendiri sebagai matlamat utama untuk dibangunkan berpandukan kepada sumber-sumber dalaman manusia bagi mencapai kesejahteraan (al-falah) dan kebaikan (hasanah) dalam setiap bidang kehidupan. Justeru, objektif penulisan manuskrip ini ialah untuk mengenalpasti dan menganalisis unsur-unsur Pembangunan Modal Insan dari perspektif Islam. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks dan dokumen. Hasil kajian mendapati terhadap lima unsur pembangunan utama dalam Pembangunan Modal Insan yang perlu dilakukan secara seimbang dan bersepadu ialah pembangunan pemikiran, dorongan, perasaan, fizikal dan rohani. Implikasi yang dapat dibuktikan melalui Pembangunan Modal Insan yang seimbang dan menyeluruh ialah akan melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti di dalam kehidupan mereka dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta mampu membina sebuah tamadun atau peradaban yang unggul.

Files

Pembangunan Modal Insan (PMI) Dari Perspektif-converted.pdf

Files (426.6 kB)