Published July 31, 2019 | Version 1
Conference paper Open

Simulasi dan Rekabentuk Penukar Kuasa Boost dan Pengesan Titik Kuasa Maksimum Bagi Sistem Panel Suria

  • 1. Center for Integrated Systems Engineering and Advanced Technologies (INTEGRA), Faculty of Engineering and Built Environment, Universiti Kebangsaan Malaysia

Description

Tahap penggunaan tenaga elektrik global kini semakin tinggi dan telah menyebabkan terdapat permintaan untuk meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa. Sebahagian besar peratusan keperluan peningkatan kapasiti kuasa boleh berdasarkan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar photovoltaik (PV) yang memainkan peranan penting dalam konteks pembekalan tenaga pada masa hadapan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu dalam penggunaan tenaga berasaskan kuasa PV iaitu tahap efisiensi penukaran tenaga yang rendah dan kos pemasangan permulaan yang tinggi. Bagi memperbaiki tahap efisiensi, kuasa sistem PV perlu dioperasikan pada titik kuasa maksimum (MPP) berdasarkan nilai voltan dan arus khusus yang mana dapat direalisasikan dengan penggunaan Pengesan Titik Kuasa Maksimum (MPPT). Penukar kuasa elektronik juga akan digunakan bagi meningkatkan nilai voltan PV sedia ada agar memperolehi kuasa keluaran PV yang lebih efisien. Ianya akan dipadankan dengan keperluan permintaan beban dan grid. Berdasarkan kajian sedia ada, terdapat pelbagai teknik algoritma yang digunakan dalam mengenalpasti titik kuasa maksimum (MPP). Objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan simulasi dan reka bentuk Pengesan Titik Kuasa Maksimum (MPPT) menggunakan algoritma Perturb and Observe serta Penukar Kuasa Boost AT-AT secara kawalan kamiran-berkadar (PI). Simulasi dan rekabentuk akan dilaksanakan di dalam perisian MATLAB/SIMULINK.

Files

Paper10.pdf

Files (1.1 MB)

Name Size Download all
md5:5aa0375b4d0b2f67ca95a5542e8f9e70
1.1 MB Preview Download