Planned intervention: On Wednesday April 3rd 05:30 UTC Zenodo will be unavailable for up to 2-10 minutes to perform a storage cluster upgrade.
Published May 27, 2019 | Version v1
Journal article Open

Kepentingan Iklim Sekolah Dalam Mempengaruhi Prestasi dan Komitmen Kerja Guru

Description

Profesion perguruan adalah profesion yang sangat mulia dan disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat. Ini kerana tugas guru amat berat dan mencabar dalam melahirkan generasi yang akan memimpin dan menentukan masa depan negara. Namun begitu mutakhir ini terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berkaitan profesion ini. Antaranya guru tidak menunjukkan kredibiliti sebenar semasa mengajar dan bertugas. Ini menyebabkan tahap prestasi dan komitmen mereka tidak ke arah yang positif. Guru juga tidak fokus dan tidak mempunyai matlamat yang jelas semasa mengajar. Kesannya sangat mendalam sehingga menggambarkan profesion ini sudah tidak berwibawa sekaligus menjejaskan imej profesion itu sendiri. Kajian dan perbincangan ini bagi mengenal pasti kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi prestasi dan komitmen kerja guru di sekolah selain daripada faktor -faktor yang tersedia ada. 

Files

24. Kepentingan Iklim Sekolah Dalam Mempengaruhi.pdf

Files (358.0 kB)