Journal article Open Access

Elemen Kesediaan Kerjaya ke Arah Kebolehpasaran Graduan Kolej Vokasional Bidang Hospitaliti di Malaysia Berdasarkan Keperluan Pensyarah

Noor Mala bt Othman

Kesediaan kerjaya dapat menerangkan samaada seseorang individu tersebut telah bersedia atau tidak untuk menceburi bidang kerjaya pilihan. Tanggungjawab kolej vokasional adalah memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada para pelajar bersesuaian dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan dan pemahaman pensyarah berkaitan keperluan kesediaan kerjaya kepada graduan serta elemen untuk meningkatkan kesediaan kerjaya graduan kolej vokasional bidang hospitaliti agar lebih berkeyakinan, berketrampilan dan mengekalkan kerjaya dalam kebolehpasaran industri. Seramai 5 orang responden dari kolej vokasional yang menawarkan bidang hospitaliti dipilih secara rawak sebagai sampel. Penyelidikan ini adalah secara kualitatif yang menggunakan temubual sahaja untuk meneroka persepektif pensyarah berkaitan keperluan kesediaan kerjaya kepada graduan dan elemen yang seharusnya ada pada graduan bagi kebolehpasaran industri hospitaliti seterusnya keperluan berkaitan panduan kesediaan kerjaya untuk graduan kolej vokasional bidang hospitaliti di Malaysia. 
 

Files (360.4 kB)
Name Size
20. Elemen Kesediaan Kerjaya ke Arah Kebolehpasaran.pdf
md5:a18a2b459918fe54e4ec315c4cc30989
360.4 kB Download
7
3
views
downloads
All versions This version
Views 77
Downloads 33
Data volume 1.1 MB1.1 MB
Unique views 44
Unique downloads 22

Share

Cite as