Published May 27, 2019 | Version v1
Journal article Open

Meningkatkan Efikasi Kendiri Guru di Malaysia Terhadap Kecenderungan Pembelajaran Generasi Z dan Alpha

Description

 Pendidikan di Malaysia pada hari ini memerlukan guru yang berefikasi tinggi bagi memenuhi kehendak pendidikan abad ke-21.  Salah satu dimensi penting dalam efikasi kendiri guru ialah strategi pengajaran.  Guru-guru perlu menguasai teknik dan strategi pengajaran terkini memandangkan muridmurid generasi Z dan alpha mempunyai kecenderungan pembelajaran yang berbeza berbanding generasi X dan Y.  Namun pengajaran berasaskan telekomunikasi semasa masih terhad dan tidak sepenuhnya diaplikasi dalam proses pengajaran.  Justeru, kertas kerja ini bertujuan menganalisis bentuk-bentuk kecenderungan pelajar generasi Z terhadap proses pembelajaran dan strategi-strategi terkini yang boleh diaplikasi oleh guru-guru.  Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan sebagai metodologi kajian. Dapatan menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar generasi Z dan alpha terhadap pembelajaran melalui kaedah gamifikasi dan penggunaaan alat telekomunikasi moden lebih menarik minat murid berbanding pembelajaran menggunakan kaedah tradisional.  Kertas kerja ini mencadangkan guru-guru di Malaysia dapat melakukan anjakan paradigma dalam proses penyampaian ilmu kepada generasi Z dan alpha agar selari dengan arus pendidikan revolusi 4.0. 
 

Files

13. Meningkatkan Efikasi Kendiri Guru di Malaysia.pdf

Files (384.5 kB)